Hari bersejarah dalam hidup setiap orang salah satunya ialah PERKAHWINAN.
Sama macam orang lain, saya anggap inilah detik bersejarah dalam hidup bila saya dengan rasminya telah bergelar isteri kepada lelaki yg amat saya cintai.
Tarikh 12 MEI 2007 tertancap kukuh dalam ingatan. FADZLISHAH BIN BADARUDDIN, suami yg tercinta, tersayang, terkasih..... apa lagi ungkapan yg paling baik ditujukan untuk insan yg satu ini.
Dia terlalu istimewa dalam hidup ini. Terlalu memberikan kasih sayang yg tidak berbelah bagi untuk diri ini. Saya teramat menyanjungi dia mungkin kerana apa yg telah dia curahkan kepada saya.
Persahabatan yg ikhlas dan disulami rasa cinta yg tulus selama empat tahun, mengikat kami ke ikatan pertunangan seterusnya melangkah ke gerbang perkahwinan lapan bulan selepas itu.
Sesungguhnya kebahagiaan yg datang hasil keikhlasannya menyintai saya amat saya syukuri. Semoga ALLAH menyuburkan kasih sayang dan memekarkan CINTA kami hingga ke hujung nyawa....
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN
No comments:
Post a Comment