Tuesday, November 10, 2009

Kerabu Jantung Pisang ~ nak banyakkan susu badan ~

Resipi ni saya cilok drpd web http://susu-terbaik.blogspot.com ni. saja je...sebab saya teringat masa dlm pantang bersalin, ibu (mak mertuaku) ada bagi saya makan jantung celur. lepas makan tu, air susu membuak2 keluar hehehe.. :)

bila dapat resepi kerabu ni sekurang2nya bolehla menambahkan kelazatan jantung pisang tu kan? jom try.....


RESEPI KERABU JANTUNG PISANG

Jantung pisang dikatakan boleh membantu menambah pengeluaran susu ibu. Resepi ini adalah salah satu cadangan bagi menikmati jantung pisang disamping menambah pengeluaran susu anda. Selamat mencuba!

Bahan-bahan Utama

Jantung pisang - 2 biji (kalau besar sebiji je)
Ikan selayang - 5 ekorKelapa parut - sebijik
Bawang merah - 10 biji
Halia - 1.5 inci
Santan - 250ml
Garam halus - Secukup rasa (agak-agak 2 sudu teh)
Gula - Secukup rasa (agak-agak 1 sudu teh)

Bahan-bahan Tambahan (masuk lagi sedap, tak masuk pun takpe)

Bahan-bahan tambahan ni takde limit actually. Dah nama kerabu kan? So, apa-apa pon boleh.
Daun kesom pon boleh, bunga kantan pon boleh, daun selom pon boleh, kacang panjang pon boleh dan bla bla bla... As long as dia tertakluk dalam golongan kerabu.

Saya suggestkan kacang botol, sebab dia bagi crunchy sensation sket.

Cara-cara Membuat:

Langkah Pertama:

Jantung pisang - Celur. Tos dan racik.
Ikan selayang - Rebus sehingga masak. Setelah masak, isinya diambil dan ditumbuk.
Kelapa parut - Goreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Seterusnya tumbuk.
Bawang merah - Ditumbuk sehingga agak lumat.
Halia - Ditumbuk sehingga lumat.

Langkah Kedua:

ampurkan bahan-bahan dari "Langkah Pertama". Masukkan santan, garam halus dan gula (kalau ada "Bahan-bahan Tambahan", campur laa sekali). Pastikan santan yang dimasukkan tidak menyebabkan kerabu menjadi berkuah. Kalau dah berkuah, panggilnya kerabu lagi ke??? Gaulkan sehingga sebati.

pastu bolehla makan... insyaallah, kalau serasi dengan badan kita, air susu memang akan increase.

.

.

1 comment:

mama nurins said...

wah..mcm sedap jer resepi kerabu tuh...buatkan tuk aku.hik hik