Thursday, October 1, 2009

Sehari Sebelum Raya 2009 (Part 2)

okey, kali ni kita cerita pasal persiapan nak bakar lemang pulak ye :)

kan saya dah cakap kat part 1 family saya kalau raya mesti buat makanan tradisi ni. sebenarnya pada hari yg sama mase buat ketupat tu diadakan acara membakar lemang juga. eh...tetiba pulak ayat mcm buat karangan BM SPM hik hik ;) tak kesahla, janji maksudnya sampai.

jadi, kepada para hero sekalian, mereka sudah tau apa yg perlu dibuat. sebenarnya si acu tu kata nak pasang khemah tempat masak lemang pepagi lepas sahur. awal pagi la. kena pasanag khemah sebab hujan tak kira waktu sekarang. tapi sebab hujan lebat pagi tu, dia postpone ke lewat pagi sikit. baik tido katanya kan. hahaha bagus... bagus

so, dah pukul berapa dah tu, cepat la pasang khemah encik2 abang sekalian. dalam gambar ni ada 4 org encik yg berusaha mengosongkan belakang rumah mak utk buat khemah nak bakar lemang nanti.




saya kan kerjanya membawa aien berjalan2 melihat2 org bertungkus lumus kerja kan. so, sempatla amik gambar si kembar makteh ni. tengok tu, makdak tgh sibuk layan aqil (kiri) & miqhael (kanan). Qael suka aien punye walker ekk... bestkan, ada mr crab pastu bole tekan2 kuar bunyi kan... kan. nanti suruh mummy & papa beli satu okeh sayang :)



disebabkan aien demam kan time nak raya ni, jadi dia lebih selesa ummi dokong & bwk dia jalan2... ada alasan la ummi taknak buat kerja hahaha! pandai aien baca isi hati ummi ni. tengok la muka aien tu, susah betul nak senyum dah demam namanya. lihatla wajahku yg ayu itu tanpa secalit mekap pun :P



ni sabrina sibuk nak amik gbr ngn aien. sibuk gak nak dokong aien. nah, amik la dokong aien. maktam dah penat dah ni. eleh... mcm la buat keje sangat hik! hik! diorg ni kalau aien pakai tutup kepala mcm topi ke..tudung ke muka dua2 sebijik tu. yela, mak dah adik beradik ada la irasnya kan



apa ke halnya dgn pokok ni pulak? cuba la tgk kat batang pokok tu ada apa? eh... ada buah la! tu yg saya amik gbr tu, mcm pelik sikit buah rambutan tumbuh kat situ. biasenye buah rambutan kan kat dahan kan.... pokok ni kat sebelah umah mak je



ha... nilah dia bukti bahawa suamiku ini seorg yg multifunction. betul la.... pandai anyam ketupat, pandai buat lemang...semua pandai. sekali lagi, mertua pun semakin sayang.... ;P



ni la dia chief de mission lemang pada hari tu. tak sangka kan, ni acu tau adik bongsu saya. dia pulak jadi ketua ekk... si abg ipar en billy tu tolong je, nak tunjuk skill sebenarnya. tgk la, ada stail si soleh ni memasukkan daun pisang dlm buluh



bertungkus lumus dua ipar ni buat keje sambil diperhatikan oleh isteri en billy yg sedang mendokong aien sambil meng snap gambar :)




ni buluh2 yg belum diletakkan daun pisang kat dlmnya. lepas cucu, saja diterbalikkan nak tos airnya


ni buluh yg dah siap daun kat dalam. nak masukkan beras je lagi



okeh, seperti tadi en billy sedang memasukkan beras pulut ke dalam buluh lemang yg siap berdaun pisang. bukan beras biasa ye. nampak mcm pro je en billy ni. padahal saya rasa baru dua kali je dia tolong buat lemang time raya umah mak



tengokla tu, siap danish panjat2 belakang lagi tu tapi en billy tetap tekun hehehe :)



barisan lemang yg dah siap utk dibakar. ada 19 batang je. patutnya 20 tapi satu tu kenapa tah.



ni lepas en billy siap semua kerja, sempatla nak bermanja2 ngn aien. baru nak senyum aien bila dokong ngan babah yea



giliran adik ipar baru saya menjaga api. kena jaga api & lemang supaya lemang tak terbakar atau berkerak. ni pun en billy ajar zairi balik2kan buluh setiap setengah jam rasenye. (hee...pandai je saya ni)



zairi tunjuk skill. mak aih, panasnya!!! first time tu zairi buat keje ni. kekok gila dia



tengok tu, multi-function lagi suamiku ini. drpd anyam ketupat, buat lemang sampai angkat tong
gas pun dia heronya. cayalahhhh!!! :)



zairi, jgn duduk je kat situ. panas la. g masuk dulu, jap lagi baru tengok balik lemang tu


ni acara memasak rendang pulak. maklong & mak ude tunjuk skill



hasilnya amat memberangsangkan. petang tu belum sempat lemang masak dah hujan lebat mcm ribut. terpaksalah hero2 tu hadang angin guna zink. kalau tak, habisla kayu api tu basah. mentahla lemang tu.
saya memang dah penat sgt layan aien sambil tertido2. tak sempatla nak amik gambar pape lagi. lepas tu, kitorg berbuka dengan ketupat + lemang + rendang dan makanan2 lain.
nanti saya cerita pasal raya pulak. ish, sungguh best nak raya dgn anak & suami saya buat pertama kali dalam hidup :) daaaa....
.
.

No comments: